Keperluan Wanita Mengandung Yang Mudah

 Keperluan Wanita Mengandung


Hai. Selamat datang ke blog adeqmahani.blogspot.com. Assalamualaikum untuk kamu yang muslim, and good day for non-muslim. Thanks visit my blog.




Hari ni Kadek nak share tentang keperluan wanita mengandung.Bakal ibu kena tahu ini apalagi ibu yang mengandung sulung. 

Sebelum Kadek mula, jom. Sama sama buat LUA - law of universal attraction. Jangan risau jika belum hamil sebab Allah tak pernah lewat memberikan sesuatu sesuai pada waktunya.


Ucapkan terima kasih pada tetamu dalam perut kamu. Usap dia. Bagi dia salam. Ucapkan terima kasih hadir dalam hidup ibu. Ibu rasa kehadiran kamu yang sangat bermakna. Tak sabar tunggu kamu keluar. 


Kamu yang sedang usaha untuk hamil. Law of universal attraction, usap perut kamu, bayangkan dia juga tak sabar menjadi penghuni pertama rahim kamu, ibu tunggu kamu sayang. Sedekahkan Al-fatihah pada 'dia' yang belum hadir.


Kadek nak share satu tips. Baca surah Yaasin setiap malam setelah tahu kamu mengandung. Pengalaman semasa mengandungkan Dahlia. Ini sangat amaze Kadek. Masa rutin follow up, Kadek direzekikan berjumpa dengan seorang ibu muda. Kulit siibu agak gelap, ala ala mami Penang yang kelam gitu. Kadek assume that mesti anak ni ikut bapak dia. Lalu Kadek pun beramah. Ikut ayah ni.. 😉

Ibu muda itu menyahut sambil tersenyum. Tak kak. Bapak dia pun gelap. Lalu, siibu muda ni share. Seolah dia faham apa yag ada dalam fikiran Kadek masa tu. Gini kata dia

Ibu muda: Kak, selepas tahu saya mengandung, saya amal baca surah yaasin setiap malam sebelum tidur.

Kadek: what? 83 ayat? yaasin

Ibu muda: ye kak. Mula mula rasa banyak, tapi selepas malam malam baca, lah sekejap jer.


Asbab ibu muda ni amalkan yaasin, Allah rezekikan dia tak rasa sakit sewaktu bersalin. Bukaan dah 8-cm, nurse suruh teran. Dia pun teran. Lepas tu bersalin. Hah? Dia pun pelik bila nurse tanya awak sakit tak? Tak. Tahu tahu dah bersalin. Subhanallah! Anak itu sangat jernih kulit dia. Masih terbayang mereka saat Kadek menulis ni, walaupun dah lebih 7tahun berlalu.


Selingan ye kamu kamu. Just simply share untuk entri Kadek kali ni. Boleh jadi buat panduan ibu ibu semua.


Ok jum, back to tajuk tadi. Keperluan wanita mengandung.

Tapi sebelum tu, sila cakna makanan apa yag perlu dihindari diawal kehamilan bagi memastikan ibu dan bayi selamat. Sesetengah makanan mengandungi toksin yang boleh membawa kecacatan kepada bayi dalam kandungan, manakala sesetengah yang lain mengandungi bakteria yang disebarkan melalui makanan yang boleh melemahkan sistem imun ibu dan mengakibatkan kerosakan kepada janin

Makanan yang perlu dielak di awal kehamilan.

Contoh lain, perhatikan gambar dibawah sebagai panduan apa yang boleh dimakan, apakah makanan yang perlu dielakkan ketika hamil.




1. Secara amnya, wanita mengandung perlukan FOLIC ASID, bagi menurangkan risiko masalah penyakit spina bifida (tulang belakang tidak tertutup sempurna) atau kata lain, untuk pembentukan tulang belakang bayi yang sempurna. Existing customer Kadek yang merancang untuk hamil, Kadek cadangkan amik folic asid seawal 3~4 bulan sebelum kehamilan.



Folic asid ada dalam Vitamin B-Complex Shaklee. Sehari makan satu je. Jadi sebotol boleh up to 4-month.




Harga B-Complex as of 7-Sep-2023




2. Selain itu, wanita mengandung perlukan KALSIUM yang cukup untuk tumbesaran bayi serta mengelakkan risiko terkena simpul biawak atau cramp disebabkan kekurangan kalsium.

Janin juga perlukan kalsium yang cukup untuk tumbesarannya. Dia tak kisah ibu cukup ke tak, janji dia cukup😋 Di Shaklee, kami ada kalsium berbentuk kaplet. Satu kaplet ostenutrix bersamaan segelas susu segar atau 80biji badam. Untuk wanita range 20~49 tahun, saranan pengambilan nutrien harian adalah 1000mg kalsium setiap hari. Keperluan nutrien susu ni cukup dengan Shaklee. Kalau nak minum susu je, jenuh beli.



Harga Ostenutrix as of 7-Sep-2023


3. Multivitamin Vita Lea Iron Formula. Pada wanita yang ada masalah HB low sewaktu kehamilan, boleh cuba Vita-Lea. Salah satu manfaat yang ada dalam Vita-Lea adalah memberi sumber Iron untuk ibu hamil, berpantang dan menyusu. Ibu Kurang makan sayur?  Agak mustahil makan all these in single day, jadi replace dengan VitaLize/VitaLea. Settle.



Harga Vita-Lea as of 7-Sep-2023


4. PROTEIN untuk ibu hamil. Nutrien protein sangat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan sel sel baru janin. Protein berfungsi membina kulit, otot, organ dan otak janin. Juga membantu penghasilan kuku dan rambut janin yang sihat. Minum ESP, manfaat kedua ibu dan janin, keduanya dapat kulit sihat dan moist. 



Harga ESP as of 7-Sep-2023


5. Omega-Guard. Minyak Ikan yang pekat dan asli. Bertindak menyokong tempoh kehamilan yang normal dan berat kelahiran bayi yang sihat. DHA adalah komponen penting dalam retina - penting untuk perkembangan penglihatan yang baik pada bayi, perkembangan otak dan fungsi imun bayi. 



Harga Omega as of 7-Sep-2023

Boleh klik sini untuk informasi lanjut tentang Omega-3: klik 


Diatas adalah nutrisi makanan untuk ibu hamil yang terdapat dalam Shaklee yang memudahkan wanita mengandung diluar sana. Bagaimanapun, makanan di bawah boleh  membantu meningkatkan darah ketika hamil. Cuma portion yang diperlukan memustahilkan kita untuk mendapat nutrisi yang mencukupi. Inisiatif lain, ganti dengan pengambilan supplement dari Shaklee.


Till then kamu kamu. Cukup dulu perkongsian kali ni. Keperluan Wanita Mengandung. Enjoy your pregnancy journey😉



Terima kasih suka bermuamalah dengan Kadek


#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023

#ShakleeMalaysia

#TTYTheTreasureInYou


Comments