Warkah Untuk Anak Ibu

Hai all. Entri ini Kadek tulis pada 17-Sep-2012. Entri lama. Kadek plot sini sebagai , pengalaman yang tak mungkin terpadam dalam diari hidup Kadek selama lamanya. 

Entah, hingga saat ini pun, terbaca semula 'warkah untuk anak ibu' , jatuh jugak airmata. Bukan menyalahkan takdir, cuma Kadek 'seorang ibu'. Ibu yang tak sempat tengok perut ibu besar mengandungkan kamu. Tapi janji dengan ibu, tunggu ibu serta pengganti kamu 'Dahlia' di Syurga. InshaAllah 

Ibu tak tahu kamu Muhammad  atau Nur,

Yang ibu tahu, ibu sempat rasa kehadiran kamu, tapi kita tak sempat jumpa disini. 

I am sorry 😢

https://www.facebook.com/adekmahani


__________________________________________________________________________________

    Ntah soalan yg ke berapa puluh ratus aku terima dari kawan kawan yang prihatin.. tak kira bangsa dan agama.. Hati rasa sayu, tapi sekurangnya kehadiran aku yang tak seberapa ini ada tempat di hati mereka, syukur.


Ada yang tahu tapi tak sampai hati bertanya.. Ada yang tahu tapi pandang aku seorang yg kejam, yang tak tahu bersyukur dengan anugerah Allah. Ada yang ingat aku masih ‘membawa amanah Allah itu’ …….tersentap bila ada yg bertanya,


‘.. baby sihat?’.. aku tak mampu menjawab. Namun senyuman tetap terukir, dalam hati.. takpe, dia taktau apa yang berlaku.


 


Mengimbas pengalaman 2bulan lepas..


 


Aku perasan, aku agak penat kebelakangan ni.. naik tangga penat.. jalan banyak penat.. Pergi pasar malam, satu kali pusing pun rasa penat. Bila malam kepala rasa berat yang amat.. mak kata lama tak makan ubat ..ha’ah.. Dah satu tahun confirm aku tak makan ubat..appointment pergi.. aku jadi doktor sendiri.. stop makan ubat. Sebab aku sihat. Aku tak sakit pun.. hmm, mak tak berhenti berleter.. 'makan ubat makan ubat' .. ye lah orang makan. Pergi dapur, tengok tengok ubat dah expired. Fuh!! betul la. Lama sangat dah tinggal ubat.


 


.. Hujung minggunya, aku pergi hospital nak sambung ubat. Penat je rasa. Orang pulak ramai kat hospital hari tu. Bila turn sampai...doctor suruh test air kencing .. hahh..kencing lah. Tak larat nak cakap banyak pun. Dapat result, aku terus masuk jumpa doktor tadi tu. Tiba tiba ‘Tahniah’.. kata doktor tuu.. ‘positive!’ aku tgk keputusan, hah? positive! Takde suara yang keluar time tu. Airmata je keluar taktau nak cakap apa.. Kadek akan jadi ibu😇Sungguh takda perkataan yang keluar. Airmata je keluar sambil pegang tangan doktor tu tanda terima kasih. Perasaan seorang ibu sedetik hadir. Syukur ya Allah.


 


Excitednya kami,.. seminggu sebelum puasa, kami g klinik buat buku merah. Doktor pesan haritu kalau dah pregnant jangan tunggu lama, kena maklumkan pada pihak hospital. P la ngan husband,..masuk je dalam klinik kesihatan tu, ada yang perut dah besar.. ada yang dah bawa anak.. ada yang anak menangis..Hehe..kami di stage yang sangat baru.. senyum kami dua tengok. Esoknya Isnin kena pergi klinik lagi.. jumpa doktor. Doktor scan baby yang masa tu dalam kiraan kami, dah 8 minggu. Tapi doktor cakap size baby kecik lagi.. Dalam 6-minggu macam tu. takpe la.. janji baby ibu sihat😊


Kat buku merah diorang label…’HIGH RISK’


Doktor call pakar jantung Penang.. appointment pulak dengan GH Penang Rabu, dalam minggu tu jugak. Takpe lah.. doktor nak monitor baby ibu agaknya. Jumpa doktor, ibu tak larat, tapi ibu kuat untuk anak ibu. Doktor cakap, everything's ok, Cuma kena datang tiap2 bulan combine klinik untuk monitor kesihatan kedua kita. Takpe..ibu sanggup apa je.


 


.. Minggu depannya.. kena jumpa doktor lg.. PAKAR1 Kulim. Ibu g sorang babah kamu kerja. Masa ni ibu tak lalu makan, makan muntah.. paksa juga makan ibu muntah. Tapi ibu puasa jugak. Kesian anak ibu lapar. Tapi ibu mampu puasa..ibu yakin kamu pun mampu survive kat dalam. Bila ibu buka posa, kamu takmo terima langsung.. ha muntah balik apa ja yang ibu makan. Aishh anak ibu nih..


 


..8-Aug-12 ibu dan babah pergi first combine klinik kat GH Penang.. doctor check echo jantung ibu. Mr.Guna yg dah follow kes ibu dr ibu form 4..sampai sekarang. Dia cakap kalau doctor pakar tengok keadaan bocor injap jantung ibu ni, mungkin doctor suruh buang kamu. Ibu tak endah pun cakap dia sebab ibu sangat sihat untuk kamu.. kamu pun sihat. Bila siap echo, kul 2ptg baru jumpa pakar.. babah bawa ibu pergi BJ ..pusing pusing.. sebal gak sebab ibu penat nak jalan. Tapi ibu ikut je.. dah bulan posa, nak makan tak boleh. Kejap je pusing pusing BJ ibu n babah balik hospital. eh da masuk zuhur. Ibu n babah berpecah g surau kat GH tu ha..lepas solat kami g ke unit 109 kardiology. Tunggu tak lama doktor panggil. Masuk,..ada 2org doctor pakar n beberapa org pembantu doctor disitu. Pakar sakit puan, pakar jantung.. Ibu masuk ngan babah.. bermula episod yang sangat genting dalam idup ibu.


 


.. Doctor kata based on echo result ni sepatutnya ibu dah kena buat operation. Mula ibu terdiam. Babah pun terdiam.. Ibu cakap dengan doktor, ‘tapi saya sihat doktor.. last appointment dengan doctor Chan pun agree kami utk pregnant dulu. Kami nak teruskan kandungan ni’..


Masa tu usia kamu dalam 11mggu. Doktor pakar kata saya kena jumpa boss. Dalam 5minit kemudian.. Dato Omar.. ketua pakar jantung GH Penang masuk discuss sama sama. Dia beritahu risiko sangat tinggi untuk juangkan kamu. Dalam 10 kes yg mcm ni, 1 atau 2 kes saja yang berjaya. Selebihnya samada baby meninggal takpun dua dua meninggal. Dari segi hukum pun dah jatuh harus buang sebab mudarat.


Panjang lebar dato omar bagi advice.. Ibu cakap kat babah, ‘ibu nak kamu’..


Ibu cakap kat Dato Omar, ‘saya sihat doctor,,saya tak penat pun. Saya boleh bawak..’


Dato Omar cakap..’sekarang kamu sihat'. Problem akan datang bila kandungan 6bulan. Injap yang bocor akan bertambah teruk..paru-paru akan masuk air, jantung akan jadi lemah. Dan masa tu dua dua kita dalam bahaya.


 


.. Pakar sakit puan arahkan nurse bawa ibu pergi scan. Babah takleh masuk..ibu nampak dah tangan kamu, kaki kamu..jantung kamu berdegup..masa tunggu doktor nak scan, ibu cakap dengan babah, ibu nak kamu. Ibu nampak mata babah merah.. dia cakap, memang dia pun nak kamu, sayang kamu.. sekarang mungkin dia hilang satu.. kalau teruskan dia mungkin hilang dua... Bergenang airmata ibu tapi ibu seka.. Insha'Allah.. ibu yakin ada jalan. Ibu nak juangkan kamu keluar dengan sehat, sempurna macam baby lain..baliknya ibu langsung tak bleh cakap ngan babah.. keluar je topik ni, airmata ibu jatuh.


 


.. Esoknya..9Aug-12, awal pagi doktor pakar sakit puan call ibu, minta keputusan . tak sampai 24jam ibu diminta buat keputusan yang melibatkan nyawa..ibu minta masa untuk fikir.. satu hari kat tempat kerja, sambil kerja sambil nangis.. sungguh ibu taktau apa nak buat..Jumaat ibu kena buat keputusan.. malamnya ibu istikharah.. basah telekung ibu, maafkan ibu nak. Sumpah kalau ibu terpaksa buang kamu, ni bukan kehendak ibu..


Babah balik malam tu.. dia peluk ibu, bagi ibu kekuatan.. dah bukan rezeki katanya.


Esok tu jumaat, 10-Aug-12, kami g GH Penang lagi sekali. Jumpa dengan pakar bius and pakar sakit puan,.. doktor tu cakap bila Dato Omar yg advice suruh buang, pihak kami tak boleh buat apa apa..ibu cakap, ibu nak baby ibu. ‘ dek, u masih ada peluang untuk mengandung .. lepas buang, lepas buat pembedahan jantung, kamu boleh mengandung’ ..


‘This is my first baby doctor..u tau kan apa perasaan I..i want my baby..’ airmata ibu mengalir.. mereka bukan ditempat ibu jadi boleh cakap apa pun.. baliknya doktor bagi surat..seminggu sebelum raya ..13-Aug-12 ibu kena masuk ward.


 


Ibu balik kampung, jumpa tok.. abang abang  ibu.. airmata ibu tak pernah kering. Ibu masih ada baki 5 hari dengan kamu. Ahad 12Aug-12, petang ibu g bazaar. Ibu nampak dadih segar..ibu teringatkan kamu..ibu nak kamu sihat nak..masih ada sisa waktu utk ibu kongsi dengan anak yg sedang ibu kandung..


Malam tu,.. ibu solat minta kekuatan. Ibu sedekahkan kamu yaasin. Telekung ibu basah lagi.. bila babah balik, ibu takleh cakap apa pun.. sebak. Ibu minta maaf.. ibu nak kamu, tapi ibu terpaksa buang kamu.. tolong janji dengan ibu, tunggu ibu di-Syurga…istikharah ibu  kesekian kalinya tengah malam tu.. masih harap keajaiban akan berlaku.. Berat dugaan Allah untuk ibu kali ni nak..


 


.. Keesokan harinya,13-Aug-12 ibu masuk ward..sayu perjalanan kami pagi tu. Kami pergi untuk buang kamu, zalim kan ibu??.. malam hari pertama ibu kat ward, babah kamu balik amik tok kamu kat kampung. Doctor minta scan kamu lagi sekali. Ibu nampak tulang belakang kamu, jantung kamu, sihat.. airmata bu bergenang ..doktor pegang bahu ibu.. ‘sabar dik. Baby u suffer kalau u tak sihat.. go for operation first, then after 1year, U can pregnant again’. Airmata ibu tumpah lagi.. ya Allah.. berat dugaan-Mu ini ya Rahman.. kerana ibu tahu ibu sedang di uji, ibu terlelap dengan sisa airmata di pipi. Sesungguhnya seorang sahabat pernah berkata pada ibu, dugaan hebat untuk hamba-Nya yg hebat.


 


Esoknya babah datang. Ibu suruh minta dengan doctor nak tgk kamu lagi sekali.. babah taknak. Dia tak sampai hati.


14-Aug-12 semua pakar datang jumpa ibu.. diorang terang apa yg akan akan dilakukan masa masuk operation theater nanti..satu jenis ubat akan dimasukkan untuk melembutkan pangkal rahim ibu, ubat tu jugak yang akan cairkan kamu..ibu kumpul kekuatan…kalau ini takdir yg tertulis buat ibu, ibu redha..esoknya, ibu org pertama dimasukkan kebilik pembedahan..


Ibu diberi ubat bius.. 5kali nafas ibu masih sedar. Doctor panggil ibu masih boleh jawab.. ‘ya’


Masuk 7-8kali nafas, ibu dah tak sedar.. sedar-sedar ibu dikejut, pembedahan dah siap. Ibu pegang perut ibu.. sayu ati ibu kamu dah takda..ibu sangat lemah..ibu tanya nurse, ‘saya dimana’.. nurse beritahu dalam bilik operation lagi..ibu minta balik ward.


keluarnya dari bilik bedah ibu nampak babah, tok, tokwan tengah tunggu ibu. Babah senyum.. memberi ibu kekuatan. Tapi ibu sangat lemah. Kesan ubat masih kuat.. ibu terlelap lagi..petangnya ibu sedar.. doctor bagi ubat tahan sakit. Khamis 16-Aug-12 ibu discharged. Balik sambut raya di kampung.. raya yang sangat suram. Ibu kehilangan kamu nak,.. tapi ibu redha.. Ibu kuatkan hati, ada sebab kenapa Allah buat macam ni.. sampai hari ni ibu masih berpantang. Berpantang tanpa kamu..


 


Ibu tak sempat tengok perut ibu besar mengandungkan kamu.


Ibu tak sempat tengok kamu lahir sempurna depan mata ibu..tapi tolong janji dengan ibu..


Tunggu ibu di syurga… Al-Fatihah.





Comments