Pernah dengar tak Tips Travel DIY. Do it Yourself. Ok jom Kadek share. Sebelum tu, macam biasa. Kadek welcome kamu kamu yang sudi singgah blog yang tak seberapa ini. Assalamualaikum.
Kali ni Kadek nak share tentang Tips Travel.
Kadek belum pernah travel luar dari Malaysia. Setakat ni dalam Malaysia saja lah Kadek mentadabbur bumi Allah. Doakan suatu hari nanti, Kadek mampu jelajah satu ke satu tempat dengan income Shaklee dan trip percuma bersama Shaklee ๐
Mac lepas, Kadek join trip ke Sabah. Ini bukan DIY trip. Ini Kadek join dengan travel agen. Kadek spend 3k untuk kami berdua termasuk shopping. Ramai jugak kata mahal. Bukan ke Japan pun sampai nak 3k. Kata adik tempat kerja Kadek masa tu. Haha. Tapi since anak kadek nak naik kapal terbang buat pertama kali, dan Kadek takmau runsing fikir, maka Kadek pun join travel agen saja. Maybe agak mahal, tapi semua diatur. Ada kawan yang spread travel agen ni, sebab taknak fikir itu ini begitu begini, Kadek join saja trip ke Sabah dengan travel agen.
Group KK/Kundasang Mar 2023 with Travel Agen |
Kadek, yaya (my daughter) serta kawan Kadek CikRean. Kami try travel agen untuk pertama kali ke Sabah untuk Yaya dan CikRean, kali kedua untuk Kadek mentadabbur bumi Sabah. Pertama kali Kadek ke Sabah pada 2010. Masa ni kami travel DIY. 4orang termasuk kakak my friend. Beruntungnya masa ni, kakcik, kakak Erma working at Sabah. Tentera laut berpangkat puan! Masa ni kami berpeluang naik kapal laut tentera yang hero kapalnya hensem hensem belaka ๐
Sebenarnya, ok jer travel agen pun. Cumanya kamu akan terikat dengan intInary. Dua dua actually ok. Kalau malas nak study, tak nak buang masa fikir jalan nak kesana kesini, Kadek rekemen join je travel agen. Maybe mahal sikit tapi kamu tak perlu fikir apa apa. Just spend money saja.
Apa itu intinary?
Intinary bermaksud jadual perjalanan, catatan perjalanan.
Dia relate to debit, diary, jadual, expedition, footnote, dan beberapa item lain. Semua ni kalau DIY, kamu kena plan sendiri. Study tempat tempat menarik sebelum pergi. Kena plan awal. Cuma kelebihannya, boleh jadi murah compare to follow travel agen.
Ini contoh intinary kami masa ke Sabah baru baru ini. Semuanya diatur. Part ni okay cumanya terikat dengan jadual perjalanan.
Kelebihan DIY travel
- Lebih bebas interm of masa atau tempat tempat yang nak dilawati
- Boleh explore hidden gems. Kita kata boleh explore keunikan tempat tu.
- Boleh explore mengikut kelajuan masa kita sendiri. Nak kemana, nak buat apa.
Kelebihan Travel Agen
- Boleh explore banyak tempat dalam satu masa
- Jadual terikat. Kena follow berkumpul pukul berapa, bergerak jam berapa dsb
- Boleh jumpa kenalan baru.
- Tak perlu risau sebab semua sudah diatur
Tips travel yang kamu perlu cari tahu sebelum pergi mana mana. Untuk elakkan percutian tu jadi tak best.
- Survey pakej travel agen bagi compare DIY then decide. Nak pergi sendiri ke nak guna khidmat travel agen.
- Rancang waktu percutian. Anak Kadek sekolah darjah satu tahun ni. Jadi tak boleh nak avoid. Percutian harus pada masa cuti sekolah. Tapi kalau ada kesempatan, plan lah masa weekdays. Bukan pada weekend atau public holiday. Sebab biasanya masa ni, all mahal.
- Share toiletrist. Ni kalau travel dengan kawan. Aku bawa A, kamu bawa B. Takyah lah beria bawa semua skincare fullset. Memadai bawa spf jika dalam internary ada aktiviti laut. Sorang bawa spf, sorang bawa bb cream. Contoh.
- Ada aktiviti laut, hari last keringkan baju di dobi untuk jimat berat luggage.
- Tak perlu beria beli servenior itu ini. Takkan lah nak beli kat semua orang. Yang terdekat sudah lah. Kamu pergi untuk bercuti, bukan untuk beli itu ini ke sedara mara, kawan, and all. Takyah lah. Orang bukan nak sangat pun. Kalau bagi key chain, jangan jangan orang buang jer. Kita je yang beria.
- Jangan tukar wang kat airport atau hotel. Ini belum pernah terjadi dalam hidup Kadek since my travelog journey masih dalam Malaysia. Tapi kadek terbaca dalam beberapa blog. Katanya rate mahal. Better survey sebelum p. Ini sebab Kadek pernah teman kawan Kadek ke money changer. Penang area. Kena rajin survey. Tukar siap siap.
Ha camtu lah sedikit sebanyak sharing tips travel dari Kadek. Jika ianya membantu, like and comment and share dengan siapa siapa yang nak travel. Bantu share yang mana mudah. Travel lah dengan riang๐
Kamu, jom kita travel FREE dengan Shaklee. Kadek is belum tapi takde yang mustahil pada hati yang berkeinginan. Till then ya. Terima kasih sudi baca.
Jom join kadek buat Shaklee. Kita travel sama sama nanti. InshaAllah aamiin.
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeMalaysia
#TTYTheTreasureInYou
Comments
Post a Comment