Hai semua. Terima kasih sudi singgah blog adeqmahani.blogspot.com
Kadek suka tajuk kali ni. “Doa yang baik untuk wanita”.
Suka tau bila terdengar ceramah ceramah dari para ustaz, nak melaui apa apa media sosial, FB ke TikTok ke. Kata ustaz, ‘saya ijazahkan doa ni untuk semua’ . Kadek suka😊
Kali ni, Kadek pula nak ijazahkan tiga doa yang mungkin boleh audience Kadek apply dalam kehidupan. Istimewa untuk wanita. Jadi kalau ada para suami yang terbaca blog Kadek ni, hadiahkan link blog ni pada isteri isteri kamu. Semoga beroleh sedikit kebaikan untuk Kadek si Sana nanti.
Sebelum tu, Kadek nak share. Benda ni nampak simple. Tapi ini yang Kadek dan anak amalkan setiap hari. InshaAllah, masa nak tinggalkan anak ke sekolah, atau tinggalkan dia dimana mana, transit misalnya. Hati jiwa tenang. Urusan anak yang ditinggalkan juga mudah. Hebat kasih sayang yang diraih olehnya dari guru guru dan semua yang berurusan. Nak secara langsung atau tak langsung. Macam ni.
Setiap pagi, semasa Kadek hantar anak ke sekolah, anak akan baca 4-kalimah ni tanpa perlu Kadek minta.
1.Fi amanillah - Ibu tinggalkan kakak dalam jagaan Allah. Dia sendiri baca, sebab dulu masa mula mula apply, Kadek akan baca Fi amanillah setiap kali nak tinggalkan dia. Jadi dia ingat apa yang ibu akan kata sebelum tinggalkan dia. Ibu tinggalkan kamu dalam jagaan Allah!
2.Allahumma solli ala Saidina Muhammad. Waala Saidina Muhammad. Dia dah berselawat pada baginda Rasulullah dan keluargaNya diawal pagi. Alhamdulillah.
3.Rabbi yassir wala tu’assir. Rabbi Tammin Bil Khair. Dia dah baca doa dipermudahkan urusan. Semoga yang baik baik saja akan berlaku pada dia sepanjang hari itu.
4.Subhanallahi wabihambih. Subhanallahil ad’zim. Semoga urusan dia nak lalui titian sirat nanti juga dipermudahkan. Kadek tak boleh help dia everytime. Apa Kadek mampu buat ialah kejapkan dia dengan amalan amalan seperti ini.
Ini 4-kalimah yang Kadek touch anak Kadek setiap kali kami jauh dari mata. Alhamdulillah, tenang. Lapang dada fikiran.
Ok jom, Kadek teruskan pada point tajuk tadi ya. Doa yang baik untuk wanita. Mungkin kamu kamu semua selalu dengar doa ni. Tapi Kadek nak jugak ijazahkan 3-doa yang baik untuk wanita. Sebenarnya banyak doa untuk apply dalam kehidupan sesuai dengan keadaan masing masing. Andai kata tulisan Kadek ni kena dengan hidung kamu saat ni, cuba lah. Semoa dipermudahkan.
Doanya.
1.Doa Nabi Yusuf ayat 4. Doa ini yang Kadek gunakan untuk mandi aura seri pengantin untuk bakal raja sehari. InshaAllah doa ni baik untuk diamalkan oleh para isteri untuk memikat suami. Boleh diguna pakai adik adik yang mencari jodoh, naik seri wajah. Baca dan niatkan yang bagus bagus. Semoga berjaya!
2.Doa kurb. Doa kurb adalah doa yang diajar oleh Rasulullah saat menghadapi ujian atau masalah paling berat dalam kehidupan. Kadek diijazahkan oleh Master Norita dalam salah satu sharing beliau. Sungguh kamu, urusan kamu dipermudahkan, amalkanlah..
3.Al-Fatihah. Perhatikan pada ayat 5 serta terjemahan. 'Iyyakanaq budu waiyya kanas ta'in. Engkau sahajalah (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkau sahajalah kami memohon perlindingan'. Masa ayat sini. Berhenti dan doakan sejenak apa yang bermain difikiran kamu. amalkan lah. InshaAllah tenang hati fikiran yang berserabut
Okay, Kadek rasa sampai sini dulu perkongsian kali ni. Yang mana baik dari Allah, yang buruk dari kelemahan Kadek sendiri. Actually kan, bila baca tentang tajuk entri kali ni, Kadek terus teringatkan doa doa yang Kadek share di atas. Semoga bermanfaat!
Berminat untuk dapatkan Shaklee dari Kadek atau memulakan bisnes dengan murah dan mudah, klik link dibawah:
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeMalaysia
#TTYTheTreasureInYou
Comments
Post a Comment